Skrg sy nk citerkn kelebihan yg anda nikmati jika memilih pelaburan dlm unit amanah..
1. Modal Minimum - Simpanan & pelaburan p'mulaan (initial investment) hanya rm1000. Jauh lebih rendah b'banding pelaburan saham yg berisiko tinggi. Anda boleh menikmati pelbagai jenis pelaburan sesuai dgn objektif pelaburan anda.
2. Pengurus Dana Berpengalaman - Wang anda akn diuruskn oleh pasukan pengurus dana yg arif, b'pengalaman dan dibekali kepakaran m'jalankan penyelidikan meluas dlm m'cari peluang pelaburan. X ramai antara kite yg m'punyai kepakaran tgi & masa utk m'awasi serta m'urus secara giat pasaran saham yg pelbagai. Jadi, lbh baik kite serahkn segala kebimbangan itu kpd pengurus yg pakar agar anda blh tidur malam dgn lena. xperlu pening2 kepale..
3. Kepelbagaian - Konsep yg digunapakai ialah "Jangan letakkan semua telur di dalam satu raga.." Dlm pasaran saham amanah, andaikata anda m'punyai satu jenis dana, anda sebenarnye menikmati faedah lebih kurang 30 - 100 jenis saham b'nilai tinggi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom, MAS, Sime Darby dan byk lagi.
Dgn b'dftr di bwh 1 syrkt pengurusan saje pon anda sudah blh m'pelbagaikn jenis dana anda. Contohnye.. Jika anda ade tiga jenis dana, b'makne ada lebih 90 jenis saham! Jika 10 saham x m'untungkn, anda ade lagi 80 saham yang menguntungkan. Inilah strategi pelaburan yg berupaya mengurangkan risiko dibandingkan pelaburan individu di mane mrk x b'peluang b'buat begitu, sebaliknye hanya b'gantung kpd khidmat broker saham yg sgt mahal kosnyer..
4. Kecairan - Katekn anda punyai aset beberapa buah rumah.. Ini juga merupakn kaedah pelaburan yg amat b'baloi.. Ttp jika anda ingin m'jual rumah krn memerlukan wang dgn segera, anda t'paksa menunggu beberapa bulan utk m'cari pembeli t'masuk proses jualannya. Cara ini sgt x efektif krn anda bkn sj perlukn ms yg lame, bahkan anda jg blh t'jebak dgn kerugian jika m'jual rumah t'sebut pd harge yg murah krn t'desak ingin m'gunakn wang.. Sebaliknye, saham amanah m'punyai syrkt pengurusan yg sentiasa b'sedia m'beli semua atau sebahagian saje saham yg ingin dijual utk ditukarkan kpd wang tunai.
5. Mengatasi Kadar Inflasi - Anda harus sedar, RM10ribu skrg b'beza dgn 10 tahun akan datang. Setiap tahun harge brgn pasti naik manakala wang anda pula susut nilainye. Ahli ekonomi b'kate kadar inflasi di adalah antara 4 - 7% pd dekad ini dan mungkin dekad akn dtg. Yuran pengajian tinggi di luar negara pula meningkat dgn kadar 8% setahun. Jadi, jika kadar inflasi 6%, maka anda perlulah menyimpan wang di tempat yg blh m'berikn pulangan >6% setahun.
Saham amanah di Malaysia menunjukkan purata pulangan 12 - 15% dgn pemberian dividen atau bonus. Jika dana anda itu jenis agresif, anda blh mendapat keuntungan >15% dgn kenaikan harga saham.
Tiada pelaburan yang tidak berisiko. Jika anda takutkn risiko & menyimpan wang anda di rumah selama setahun, maka susutlah nilai wang anda dimakan inflasi. Itupon jika selamat drp kes2 kecurian & rompakan.. (mintak dijauhkn.. ).. Jika anda mahukan risiko rendah, maka pulangannya juga rendah. Jika pulangannya t'amat tgi, maka lebih tinggilah lagi risikonya.
Seelok-eloknya, biarlah yg sederhana risikonye tp memadai pulangannye seperti saham amanah. Amalkan tabiat menabung & melabur sejak muda krn risikonye dpt dikurangkan pd jangka panjang.
Perancangan yg teliti m'jamin kehidupan dan hari persaraan anda. Kerajaan juga memandang serius kepentingan pelaburan & m'benarkan wang KWSP dikeluarkan drpd Akaun 1 utk dilaburkn dlm saham amanah.
Sebelum m'buat keputusan melabur dlm sesuatu saham amanah, anda dinasihatkn membaca kandungan prospektus, meneliti dan memahami sesuatu dana itu dan prestasi syarikat pengurusan. Jadilah pelabur yang bijak!
Monday, June 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment