Wednesday, June 17, 2009

Halal ke Unit Amanah ni?

Isu halal haram memang m’jadi kewajipan kite semua sbg umat islam utk mengambil berat tentangnya. Jadi dlm soal pelaburan ni antara persoalan yg sering timbul ialah:

1) Halal ke setiap keuntungan yg kite dpt melalui unit amanah ni?
2) Ape status halal syarikat2 yg m’jadi medan pelaburan oleh pengurus dana kite?

Dlm unit amanah, ade mcm2 jenis dana yg diwujudkan utk memenuhi objektif para pelabur yg pelbagai. Salah satu jenis dana yg diwujudkan khas utk umat Islam ialah dana syariah. Setiap dana syariah ini akan dipantau oleh badan syariah bebas (iaitu badan yg tiada kepentingan dlm syarikat unit amanah t’sebut).

Dlm kes Public Mutual ni, dana2 syariahnya dipantau oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd (IBFIM). Tugas IBFIM ialah memantau setiap dana yg dilaburkan itu ditadbir dan diuruskan mengikut kehendak Syariah. Ini termasuklah TIDAK melabur dlm syarikat TIDAK HALAL dan m’punyai unsur riba seperti syarikat arak, perjudian, rokok dan sebagainye.

Antara badan pemantau syariah yg lain ialah Suruhjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti menyenaraikan dana2 syariah oleh syarikat unit amanah berdasarkan kriteria tertentu. Begitu juga dengan Bursa Malaysia yg juga memberi status patuh syariah kpd syarikat2 yg mengikut kehendak syariah. Dgn wujudnya badan2 syariah sebegini, umat Islam yg ingin melabur dlm unit amanah x akan berasa ragu2 lagi.

No comments:

Post a Comment