Wednesday, August 19, 2009

Bagaimana utk mendapatkan Pulangan Terkompaun dlm pelaburan unit amanah?

Walau di mane sekalipun anda meletakkan wang anda, selagi wang tersebut masih milik anda, Pulangan Terkompaun akan berkhidmat utk anda. Pertimbangkan tempat2 berikut di mana anda menyimpan wang anda;

a) di bawah bantal - pulangan terkompaun tetap bekerja, tetapi dgn 0% kadar faedah/pulangan.

b) dalam akaun tabungan - terkompaun dalam 1- 2%

c) dalam akaun deposit tetap - terkompaun 3.7% p.a.

d) dalam unit amanah – terkompaun dlm satu julat yg lebih luas, katakan -5% hingga 20%

e) dalam saham – terkompaun dlm satu julat yg lebih luas, katakan -50% hingga 100%

f) dalam hartanah - sukar diramalkan. Jika anda membeli sebuah rumah yang tidak pernah siap, anda kehilangan pulangan modal dan caj faedah gadai janji anda. Bagaimanapun, sesetengah pelabur2 hartanah berpengalaman mampu mendapatkan wang mereka yg mengkompaun sgt byk saban tahun.

Tetapi jika anda m’belanjakn wang tersebut, sy jamin bhw pulangan terkompaun itu tidak akan memberi keuntungan utk anda lagi, kerana wang itu bukan lagi milik anda.. Lebih parah jika anda meminjam wang utk dibelanjakan. Dlm kes ini, pulangan terkompaun telah bertukar kpd faedah terkompaun dan ia akan bekerja menentang anda. Lebih keras ia bekerja, lebih miskinlah anda.

Utk menonjolkan keajaiban pulangan terkompaun dalam pelaburan unit amanah, anda haruslah:

1. Tidak membeli balik (repurchase) unit dana anda - biarkan modal anda di situ selama mungkin. Jika anda ingin mengunci keuntungan dari semasa ke semasa, gunakanlah kaedah switching.

2. Sering mengkaji semula prestasi portfolio anda - pastikan ia memberi pulangan positif sekerap yg mungkin.

3. Melabur seawal mungkin - mula melabur ketika usia anda masih muda. Ia akan memberi anda tempoh yg lebih panjang utk melabur dan melalui semua turun naik “roller coaster” ekuiti. Anda akan menuai pulangan di akhir tempoh pelaburan anda nnti.

4. Melabur sebanyak mungkin.

5. Jangan mudah tergoda utk membelanjakan pulangan & pendapatan pelaburan anda – biarkn saje pulangan anda dlm dana itu. Lupakn mengenainya! Tinggalkan ia sehingga anda mencapai objektif kebebasan kewangan anda.

No comments:

Post a Comment