Wednesday, August 26, 2009

Risiko Tidak Melabur

Risiko pelaburan, khasnye dlm unit amanah salah satunye adalah kejatuhan harga bagi unit-unit yg dibeli.

Adakah ini mungkin terjadi?

Ya! ini krn saham amanah turut sama menerima kesan dari perubahan keadaan ekonomi. Namun, walau seteruk mana pun keadaan ekonomi semasa, kesan yg diterima mungkin x sama berbanding industri lain, krn adanye langkah2 alternatif & proses pemulihan oleh pengurus dana, serta kesan diversifikasi yg dijalankan.

Pendek kate, asalkan ianya dipanggil pelaburan, maka disitu pasti ade risiko. No pain, no gain. Tetapi sudah pasti pain yg diambil diuruskan dgn baik oleh pengurus dana yg diiktiraf bukan shj di peringkat tempatan, malah di peringkat antarabangsa.

Walaubagaimanapun, risiko pelaburan mungkin x sehebat ‘risiko utk TIDAK melabur’. Maksud saye, sekiranye pelaburan berisiko melalui kejatuhan harga, TIDAK membuat pelaburan pula berisiko m’alami kejatuhan nilai wang melalui kesan inflasi. Inflasi adalah keadaan dimana nilai wang semakin berkurangan, contohnya RM10,000 hari ini mungkin bernilai RM9,000 pada masa depan.

Bagaimana mengetahui anda berdepan risiko inflasi?

Jawapannye adalah, jika anda:

1. Tidak m’buat sebarang pelaburan t’hadap wang anda.
2. Membuat pelaburan yg m’beri pulangan sgt sedikit, kurang dari nilai inflasi tahunan negara.

Cthnye, akaun simpanan. Sekiranya anda menyimpan dlm akaun simpanan yg menawarkan kadar dividen 2-3% setahun, manakala nilai inflasi negara pula pada kadar 3.x%, maka lama-kelamaan, nilai wang simpanan anda akan menyusut. Ia sangat berbeza dgn pelaburan saham amanah yang menggunakan konsep compounding.

Selain saham amanah, pelaburan dlm property atau emas adalah cara mengatasi inflasi.

No comments:

Post a Comment