Wednesday, June 17, 2009
Jenis2 Instrumen Kewangan yang Anda Perlu Tahu
AKAUN SIMPANAN
Kelebihan
-Mudah dibuka dan dijaga.
-Keperluan minimum.
-Memang munasabah.
-Akses tunai adalah fleksibel.
Kekurangan
-Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakkan rancangan simpanan anda.
-Kadar faedah agak rendah.
DEPOSIT TETAP
Kelebihan
-Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan
-Wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan
Kekurangan
-Kadar faedah mungkin kurang dari kadar inflasi.
-Pengeluaran yang fleksibel
HARTA TANAH
Kelebihan
-Satu rancangan "simpanan paksa" yang baiksebagai lindung nilai yang baik untuk mencegah inflasi.
-Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi "melambung".
Kekurangan
-Untuk mula menyimpan, memang sukar; wang pendahuluan "permulaan" yang tinggi, dan anda mestilah layak untuk mendapatkan pinjaman bank.
-Skim pembayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksibel.
-Tidak boleh segera ditukar kepada tunai.
INSURANS HAYAT
Kelebihan
-Satu alat simpanan serta perlindungan yang bermanfaat
-Oleh sebab banyak polisi mengenakan penalti sekiranya menarik diri sebelum insurans matang, maka ia bertindak sebagai mekanisme untuk menggalakkan simpanan.
-Terbukti sebagai rancangan "simpanan paksa" yang berkesan.
Kekurangan
-Pulangan agak lebih rendah berbanding alat pelaburan jangka panjang yang lain
-Kurang fleksibel
UNIT AMANAH
Kelebihan
-Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpan yang buat simpanan secara kerap
-Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan, tetapi munasabah
-Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap
-Manfaat diperoleh melalui purata kos dollarunit amanah memberikan portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan sendiri
-Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa
Kekurangan
-Terjejas akibat turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang tabung tersebut dilaburkan
PASARAN SAHAM
Kelebihan
-Lebih memberangsangkan daripada akaun semasa
-Boleh memberikan pulangan yang banyak apabila kena pada masanya
Kekurangan
-Anda perlukan jumlah wang yang agak besar untuk memasuki pasaran saham
-Bukan untuk penyimpan biasa yang melabur cuma beberapa ratus ringgit sebulan
-Anda perlukan banyak maklumat pelaburan dan nasib yang baik untuk menguruskan sendiri pelaburan anda dengan jayanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment