Thursday, July 2, 2009

Tips2 btanya sebelum melabur dalam unit trust

Sebelum anda invest dlm sesuatu dana unit amanah, anda hendaklah b'tanye beberapa soalan b'kaitan fund tersebut kpd ejen unit amanah (unit trust consultant). Tanyalah sebanyak mgkn spy anda betol2 faham dan dapat mengoptimumkan manfaat pelaburan unit trust yg bakal anda buat.

Namun begitu, ramai yg x tau soalan apakah yg patut ditanyakn pd ejen tersebut. Biasanye ejen je yg byk bercakap… anda just dengar dan tanya soalan2 basic macam “Berapa jumlah minimum nak invest?” atau “Berapa banyak dan bila fund tersebut bayar dividen?” ataupun “Fund ni konvensional ke Islamic?”…

Mmm, saya x b'maksud anda x perlu tau perkara2 tersebut, tapi byk lagi perkara yg perlu anda tanya dan minta penjelasan dari ejen. Jawapan yg anda peroleh drp ejen ni blh m'bantu anda menentukan sama ada dana yang ditawarkan itu b'sesuaian dgn matlamat dan objektif pelaburan anda ataupun tidak.

Di sini sy senaraikan beberapa contoh soalan cadangan yg boleh anda tanyakn pada ejen anda.. tp kalo anda dh faham ape yg sy terangkn dibwh, xperlulah tnye lg pd mrk.. hi3..

CONTOH SOALAN 1:
Pelaburan dlm Unit trust fund ni selamat ke tak? Macamana nk pastikan duit kite x kan lesap macam tu jer?

TIPS:
Kalo UTC (unit trust consultant) tu dari established company macam Public Mutual, tak payah le tanya soalan ni.. Tapi kalau UTC yg promote dana tu datang dari company yg anda langsung tak pernah dengar, mesti kena tanya. Semua dana unit trust mestilah didaftarkan dgn Suruhanjaya Sekuriti (SC). Cara paling senang ialah minta prospektus dana tu.. Kalo lagi nak confirm, boleh call SC di 03-6204 8000 dan minta utk disambungkn kpd Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan. Ataupun anda blh layari laman web mereka di http://www.sc.com.my/ . Soalan ni penting coz anda tentunya x nak wang hasil titik peluh anda blh lesap sekelip mate macam tu jer..

CONTOH SOALAN 2:
Dah lama ke syarikat unit trust (UTMC) ni beroperasi? You cakap boleh dapat return sebanyak tadi tu, boleh tunjuk tak rekod atau prestasi syarikat ni?

TIPS:
Sebagai pelabur anda mesti memeriksa latar belakang syarikat unit trust tu. Dapatkan rekod prestasi dan pengalaman mereka. Anda mesti berusaha utk mengenali mereka yg akan diamanahkan utk melaburkan wang anda…

CONTOH SOALAN 3.
(setelah anda dijelaskan berkaitan sesuatu dana)…Ok, saya dah faham sedikit sebanyak pasal dana ni..tapi dana ni sesuai ke dengan saya?

TIPS:
Tujuan soalan ini adalah utk m'pastikn dana yg bakal anda laburkan tu b'sesuaian dgn matlamat dan objektif pelaburan anda. Hanya anda sendiri yg tahu matlamat & objektif anda melabur. Ejen hanyalah m'bantu memilih fund yg b'sesuaian. Jadi, sebelum anda b'tanya soalan ini, anda mesti mengetahui dan yakin mengenai matlamat & objektif pelaburan anda dan kesanggupan anda utk m'hadapi risiko pelaburan. Risiko pelaburan pada umumnya ialah keadaan yang mungkin berlaku dan menyebabkan anda menanggung kerugian.

Dlm pasaran skrg ni t'dapat b'bagai jenis dana dan setiap satu ada manfaat dan risiko t'sendiri (dana yg m'janjikn pulangan tinggi, risikonye pun tinggilah jg).
Oleh itu, penting bagi anda utk memahami dana yg ditawarkn dan memilih dana yg benar2 sesuai dgn objektif pelaburan dan kesanggupan anda m'hadapi risiko. Contohnye, jika anda nak kan pendapatan yg konsisten, anda perlu melabur dlm dana yg menyediakan pulangan konsisten.

CONTOH SOALAN 4:
Invest dlm fund ni, kena bayar caj atau ade bayaran lain tak?

TIPS:
Melabur dlm dana unit trust ni same je dgn investment yg lain iaitu dikenakan sedikit caj. UTMC mungkin mengenakan bayaran, seperti caj jualan (ataupun disebut initial charge atau entrance charge atau upfront charge), bayaran pengurusan, bayaran pemegang amanah dan caj-caj lain yg berkaitan. Dapatkan semua penjelasan ini drpd ejen.

CONTOH SOALAN 5:
Dimanakah wang yg sy masukkan dlm dana tersebut akan dilaburkn?

TIPS:
Biasanye dana unit trust ade beberapa kategori, antaranye dana ekuiti, dana balance, bon, money market dan sebagainye. Setiap dana ini ada strategi pelaburannye sendiri. Penting bagi anda mengetahui dimanakah dana tersebut akan melabur kerana ianya m'punyai implikasi terus ke atas toleransi risiko pelabur. Jika dana tu melabur dalam pelaburan berisiko tinggi, secara automatik dana unit trust anda akan jadi pelaburan berisiko tinggi jg. Semua maklumat ini anda boleh dapatkan melalui prospectus.

No comments:

Post a Comment