Tuesday, August 18, 2009

Dana kecemasan

Dlm hidup ni, kite haruslah memikirkan tntg semua kemungkinan.. sesuatu perkara yg kite rase x mungkin b’laku, mungkin akan b’laku juga dgn izin Allah.. buruk atau baik, semuanya ketentuanNya.. kite harus redha disamping b’usaha m’atasinya..

Dlm topic ni, sy nk bincangkn tntg dana kecemasan.. ni bukan dana baru yg dilancarkn oleh Public Mutual ok.. hi3..

1. Ahli keluarga ditimpa kesakitan dan perlukn rawatan atau pembedahan
2. Gigi anda sakit dan perlukn rawatan
3. Anda keluarkn kereta dari parking dan terlanggar tiang
4. Tayar kereta anda dh botak licin dan perlu ditukar atas sebab keselamatan
5. Syarikat anda terpaksa m’berhentikan pekerja dsebabkn kegawatan ekonomi!


Hmm.. apakah yg anda akn lakukan jika anda b’hadapan dgn situasi2 di atas? Alhamdulillah jika anda sememangnye m’punyai sumber kewangan & tabungan yg cukup. Tp mcmana pula utk org2 yg x ade tabungan ni? Duit gaji pon cukup2 makan jer..

Nk pinjam duit dgn siape?
Kwn2? Sedara? -Itupon kalo mrk pon b’kemampuan & pemurah..
Personal loan kt bank? Kad kredit? -Layakkah anda? Byk pula dokumen yg & syarat kelayakannya. Interest pon tggi..
Ah long? -Ohh.. TIDAKK! Seboleh mungkin jauhi pinjaman dgn Ah long ni.. Lbh byk buruk dr baiknyer..

At least, the best u can do adalah dgn sentiasa b’sedia utk situasi2 yg memerlukn tambahan p’belanjaan sebegitu.. menyediakan tabungan/dana kecemasan ini adalah penyelesaian yg terbaik spy anda xpening2 kepala & menyusahkan org2 lain disekeliling anda..

Anda sendiri pon tentunya x nk perkara ni berlaku & yg paling teruk, apabila soal pinjam meminjam ni merosakkn hubungan anda dgn org disekeliling apabila anda x mampu pula nk byr hutang t’sebut dlm masa yg dijanjikan.. Mencegah lebih baik drp merawat.. Jadi, anda fikir2kanlah..

Berapa banyak Dana Kecemasan diperlukan?

Jumlah dana yg anda perlukan b’gantung kpd keperluan dan cara hidup anda. Sesetengah Penasihat Kewangan berpendapat kita harus menyimpan sekurang2nya 3 bulan pendapatan. Tapi terpulanglah pada anda..

Macamana nak mulakan?

Caranye mudah saje. Anda mulakan dgn menyimpan RM100 ke dlm akaun simpanan. Tetapi sebelum anda mulakannye pastikan keperluan & p’belanjaan asas anda telah dipenuhi. Semasa dana kecemasan dikembangkan, pastikan anda kurangkan juga p’belanjaan yg x diperlukn dan elakkan hutang.

Dana kecemasan sepatutnya disimpan di tempat yg x terlalu mudah utk dikeluarkan. tetapi seharusnya ia mudah dikeluarkan di saat-saat kecemasan! Mungkin anda boleh menyimpan ke dalam akaun simpanan biasa tapi anda x perlulah memohon kad ATM spy anda dpt mengelak dari membocorkannye.

Jadi sekarang, adakah anda rasa anda memerlukan Dana Kecemasan? Mulakn Dana Kecemasan anda sekarang kerana ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.


No comments:

Post a Comment