Wednesday, September 2, 2009

Bilakah Waktu yang Terbaik Membeli Unit Amanah?

Dlm unit amanah, sebenarnye TIADA garis-panduan yg tetap & tepat mengenai waktu yg t’baik utk m’beli unit (samada membeli utk fund baru atau membeli utk menambah unit yg sedia ada). Ini kerana harga unit sentiasa naik-turun (fluctuates) mengikut keadaan ekonomi semasa, pasaran saham dan perubahan dlm nilai unit tabung itu sendiri.

Graf di bwh bukanlah corak prestasi sebenar unit amanah, ttp hanya 1 ilustrasi utk memudahkn pemahaman anda & saya.. ^_^



Waktu Membeli Unit Amanah:

a) Membeli Ketika Harga Stabil.

Membeli unit ketika harga unit TIDAK berubah (atau hanya perubahan kecil) dari point A ke point B memberikan pelabur rasa tenang dgn kestabilan harga unit. Namun begitu, utk jangka masa pendek, pelabur hanye akn menikmati sedikit saje keuntungan dari segi kenaikan modal jika ingin menjual balik unit2 yg telah dibeli.

b) Membeli Ketika Harga Menaik.

Membeli unit ketika pasaran sedang naik (dari point B ke point C) m’jadi favourite ramai pelabur krn mereka blh m’dapat pulangan tunai dgn cepat dari pelaburan mereka, iaitu membeli ketika point B dan menjual ketika hampir dgn point C.

Tetapi perlu di ingat, mereka akan kerugian dari segi bilangan unit jika lambat untuk membeli. Jika pelabur hanya sempat membeli unit ketika harga hampir dgn point C, sudah tentu unit yg diperolehi kurang jika dibanding dgn membeli unit ketika point B. B’tambah teruk lagi jika silap timing iaitu membeli ketika harga unit sudah di puncaknya (peak) di point C.

c) Membeli Ketika Harga Menurun.

Membeli unit ketika pasaran sedang menurun (dari point C ke point D) juga m’jadi favourite ramai. Ini krn, semakin hampir dgn point D, semakin banyaklah unit yg akan diperolehi oleh pelabur. Dan dgn unit yg banyak ni, utk jangka masa panjang, semakin banyaklah jumlah unit yg akn anda perolehi jika ade dividen yg dilabur semula atau sekiranya ade unit split.

Kesimpulan.

Membeli ketika harga paling rendah dan menjual ketika harga paling tinggi adalah teori asas dlm pelaburan. Namun, tiada siapa yg dapat meramalnye.

Pasaran saham mungkin jatuh lebih rendah drpd rekod yg pernah dicatat & mungkin juga mencatat rekod tertinggi baru. Jadi, realitinye TIADA waktu terbaik utk membeli unit. Pelabur blh membeli unit pd bila2 masa.

Namun begitu dalam pelaburan unit amanah, pelabur hendaklah tahu asas2 strategi yg boleh diambil (samada utk membeli atau utk menjual unit) apabila harga unit tidak byk bergerak, harga mula bergerak naik ataupun ketika harga mula menurun spy dapat memaksimumkan keuntungan.

Sekali lg, pelaburan tetap secara berkala juga sering dikatakan cara terbaik melabur dlm unit amanah kerana pelabur dapat membuat pemurataan kos (cost averaging).

No comments:

Post a Comment