Sekiranya anda mempunyai wang lebihan pada setiap hujung bulan.. atau anda mempunyai sejumlah wang simpanan, anda mungkin ingin melaburkannya untuk mendapatkan pulangan maksimum ke atas pelaburan tersebut.
Sebelum anda membuat keputusan untuk membuat pelaburan, carilah sedikit maklumat tentang sistem pelaburan yang anda ingini.. di malaysia terdapat beberapa kaedah pelaburan yang popular & terbukti berjaya menjana pendapatan yang diingini oleh pelabur2.. antaranya seperti pelaburan hartanah, saham dan unit amanah..
anda harus pastikan syarikat2 yang menguruskan pelaburan anda adalah syarikat yang berdaftar & jangan sekali2 menyertai skim2 cepat kaya yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat..
tentukan jangkamasa yang anda sanggup peruntukkan untuk menikmati hasil daripada pelaburan anda.. pelaburan saham di pasaran terbuka membolehkan anda mendapat hasil dalam masa yg singkat.. tetapi anda harus mempertimbangkan risikonya.. kerana risiko untuk rugi juga sangat tinggi.. dan anda memerlukan kepakaran untuk melakukannya atau wang yang banyak untuk perkhidmatan remiser.. anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan ekonomi semasa & peka terhadap faktor2 yang boleh menjejaskan pelaburan anda di dalam ataupun di luar negara..
bagi yang berminat dalam pelaburan hartanah, anda juga perlu bijak membuat pilihan kawasan yang berpotensi untuk maju kerana harga hartanah boleh melonjak naik seiring dengan kemajuan pembangunan di tempat itu.. tetapi tahap kecairan bagi aset hartanah adalah rendah.. iaitu hartanah tidak mudah untuk dijual & sukar untuk mendapat hasil dalam masa yang singkat.. kerana proses jual beli hartanah melibatkan pelbagai pihak & prosedur mengikut undang2.. jadi anda perlulah bersabar.. tetapi dalam masa itu, anda masih boleh menyewakan rumah tersebut untuk mendapat pendapatan sampingan atau mengurangkan beban membayar installment rumah tersebut..
bagi kebanyakan bumiputera pula.. membuat pelaburan dalam amanah saham yang diuruskan oleh kerajaan iaitu ASB menjadi pilihan.. kerana tahap keuntungan & risiko yang berpatutan..
tetapi kini telah wujud pelbagai sektor perbankan yang menawarkan pelaburan saham amanah yang berpotensi dengan pelbagai pilihan yang boleh disesuaikan dengan kehendak pelabur2..
Sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pelaburan yang akan dibuat, anda haruslah mendapatkan kepakaran daripada penasihat pelaburan yang bertauliah untuk menasihati anda bagaimana wang anda boleh dilaburkan.
No comments:
Post a Comment