Menguruskan wang bukanlah satu perkara yang mudah.. di sekolah pun tiada subjek perancangan kewangan walaupun sebenarnya perkara ini sangat penting dalam kehidupan kita.. ilmu itu perlu dicari & dipelajari.. bukan sahaja kanak2.. bahkan orang dewasa juga mengalami masalah untuk merancangkan kewangan mereka..
bagi saya, setiap orang mesti merancang kehidupan mereka.. tidak kira samada anda berkelulusan tinggi & bergaji besar ataupun tidak.. kerana saya percaya, setiap orang mempunyai impian.. sekurang2nya impian untuk berkeluarga, membeli rumah dan kereta.. bak kata orang, hidup hanya sekali.. jadi ia harus dinikmati & dijalani dengan sebaik2nya.. keperluan masa depan harus dititikberatkan.. sebab kita tidak tahu apa yang Tuhan telah rancangkan untuk kita.. tetapi kita haruslah berusaha & bersedia.. kemudian barulah serahkan segala ketentuan padaNya..
MERANCANG KEWANGAN
Sebelum membuat perancangan.. kita memerlukan target.. ataupun matlamat..
kenalpasti matlamat kita.. dan tentukan tempoh masa untuk mencapainya.. senaraikan dan paparkan besar2 di tempat yang mudah di lihat.. supaya kita akan sentiasa bersemangat untuk mencapai target tersebut.. usahakanlah supaya dapat mencapai segala yang kita cita2kan.. janganlah jadi mat jenin.. berangan saja di atas pokok kelapa.. tapi akhirnya jatuh dan mati...
Umumnya manusia biasa seperti anda dan saya mempunyai matlamat2 & keperluan hidup yang lebih kurang sama.. contohnya;
• Membeli rumah
• Membeli kereta
• Berkahwin
• Pelajaran anak-anak
• Percutian
• Persaraan
• Perbelanjaan perubatan
Tetapi cara untuk mendapatkan matlamat2 ini tidak sama bagi setiap orang.. ada yang terpaksa bekerja bertungkus-lumus, siang dan malam untuk mencapainya.. ada pula yang dipermudahkan segala usahanya oleh Tuhan yang maha kuasa.. sebab nasib setiap hambaNya telah ditentukan.. tapi kita haruslah bersyukur dan perlu terus berusaha.. dalam kitabNya juga telah disebut.. bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..
Anda perlu tahu.. wang bukanlah segala2nya dalam hidup ini.. tetapi tanpa wang.. hidup manusia merana.. kerana wang juga.. manusia boleh berbunuh2 & bermusuhan.. wang adalah penting.. tetapi carilah sekadar yang termampu.. untuk meneruskan kehidupan dengan tenang & aman..
Apabila kita telah mengenalpasti matlamat, kita perlulah mulakan usaha.. kenalpasti pula sumber kewangan.. selain gaji bulanan.. ada juga yang memperoleh pendapatan sampingan daripada perniagaan kecil-kecilan, pelaburan dan sebagainya.. kumpulkan jumlah pendapatan kita tu.. dan jejaki kemana hala tuju wang tersebut setiap bulan.. pastikan anda membayar segala hutang piutang kereta, rumah, pinjaman peribadi dan bil2 elektrik& air terlebih dahulu.. kemudian buat simpanan sekurang2nya 10% daripada jumlah pendapatan bulanan anda.. wang simpanan ini boleh digunakan pada waktu kecemasan atau belanja bermusim (seperti yuran sekolah, cukai jalan, pembaharuan insurans dan sebagainya).. bakinya, barulah anda belanjakan untuk diri sendiri & keluarga..
sekiranya ada pendapatan lebihan, bolehlah anda mempertimbangkan untuk melindungi diri anda & keluarga dengan perlindungan insurans.. tetapi anda haruslah berfikir sedalam2nya sebelum membuat pilihan pakej yang betul & sesuai.. supaya anda tidak terbeban dengan jumlah premium bulanan yang terlalu tinggi.. kerana pembelian insurans bererti anda akan terikat dengan komitmen tersebut untuk jangkamasa yang lama.. mungkin 30 tahun atau lebih.. dapatkan khidmat nasihat daripada agen2 insurans yang mahir & berpengalaman..
Dalam perbelanjaan seharian dan isi rumah, seeloknya kita berjimat.. dan pilihlah barangan yang lebih murah tetapi mempunyai kualiti yang baik.. sebelum pergi ke pasaraya, senaraikan barang2 yangdiperlukan sahaja, dan elakkan membeli barang2 yang tidak diperlukan.. dalam erti kata lain.. jangan berbelanja mengikut nafsu..
Janganlah anda menganggap rancangan perbelanjaan sebagai batasan yang mengikis keseronokan dalam hidup anda.. apabila anda telah biasa melakukannya, anda pasti nampak hasilnya.. belanjawan yang baik dapat membantu anda memperoleh matlamat kebebasan kewangan untuk masa sekarang dan akan datang..
Monday, June 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment