Monday, May 31, 2010

undangan perkahwinan..

musim cuti sekolah akan tiba lagi.. wahh.. pastinya gembira adik2 yang masih di bangku sekolah tu.. seronok sebab boleh bangun lewat, tengok kartun, melancong, balik kampung jumpa atok & nenek, jumpa sedara mara dan macam2 lagi la aktiviti2 yang menyeronokkan boleh dilakukan bersama keluarga.. hmm.. terkenang pula kenangan zaman kanak2 yang sememangnya indah dan tak dapat dilupakan.. =)

cuti sekolah juga adalah masa yang dirasakan paling sesuai utk pasangan2 yang baru hendak mendirikan rumah tangga.. saya sendiri telah menerima 8 undangan majlis perkahwinan sahabat2 seangkatan sepanjang cuti sekolah kali ini.. nampaknya tak menang kaki la nak menjejak ke semua rumah sahabat2.. bagi yang berdekatan dan ada kelapangan, insyaAllah saya akan sampai.. walaubagaimanapun, tahniah di ucapkan.. dan doa saya agar kalian dan pasangan sentiasa diberkati olehNya dan berbahagia hingga ke akhir hayat..

kahwin, kahwin jugak.. tapi soal kewangan jangan sesekali dilupakan.. berbelanjalah sekadarnya.. pastikan anda tak susah hati.. tak sakit kepala.. sebaik sahaja tetamu pulang ke rumah masing2 selepas majlis persandingan..

save your money to save your life...

ok.. harap semua orang enjoy!! ~daa...

No comments:

Post a Comment